Membuat blog bukan satu perkara yang sukar. Bagaimanapun, untuk menghasilkan blog yang professional dan mempunyai kepelbagaian kemampuan, anda perlu mempunyai ilmu yang mencukupi. Untuk membangunkan blog biasa, anda cuma perlu mempunyai kemahiran asas yang sangat mirip dengan kemahiran yang anda gunakan dalam penggunaan perisian Microsoft Word. Kemahiran tersebut adalah seperti menaip, memadam, membuat perenggan, membuat pernomboran pada senarai, memasukkan format pada font dan beberapa lagi.
Blog berasal daripada perkataan Weblog. Ia adalah gabungan daripada dua perkataan yang lain iaitu "web" dan "log". Istilah “weblog” pertama kalinya dikemukakan oleh Jorn Barger dalam websitenya—Robot Wisdom. Pada bulan Disember 1997 perkataan blog digunakan untuk menyebut suatu jenis website peribadi yang selalu dikemaskini secara bersambungan. Blog lazimnya terfokus pada suatu subjek atau topik tertentu, sama ada berita, catatan harian, kumpulan link atau buah fikiran yang ditaip dan dimuat naik secara teratur dengan susunan "posting" terbaru berada paling atas diikuti posting-posting sebelumnya bersesuaian dengan tarikh tulisan dihasilkan. Pada Mac 2003, Kamus Oxford telah memasukkan kata weblog atau blog tersebut sebagai kosakata baru, dan dikategorikan sebagai kata benda. Editor atau orang yang memiliki suatu blog pula diberi gelaran "Blogger".
Sejajar dengan perkembangan masa dan kecanggihan teknologi, maka terbinalah blog yang berisi maklumat yang lebih kritikal dan bermanfaat. Antaranya yang popular adalah blog yang berkaitan artikel-artikel ilmiah, hasil kajian, maklumat kuliah, malah juga berkaitan perniagaan. Kebanyakkan blogger akan melakukan pengubahsuaian terhadap rekabentuk blog mereka bersesuaian dengan matlamat membangunkan blog tersebut. Dengan kewujudan penyedia perkhidmatan blog, seperti blogger dan blogdrive, semakin ramai pengguna internet mencuba untuk memilikki blog sendiri pada harga Percuma!
Untuk memilikki blog, pengguna hendaklah berdaftar dengan penyedia perkhidmatan blog. Antara penyedia yang paling ramai penggunanya pada masa kini adalah Blogger dan Word Press. Kedua - dua penyedia platform blog ini memberikan perkhidmatan Percuma penyediaan hosting, bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang lebih professional, maka pengguna perlu membuat bayaran. Disebabkan blog berasaskan program yang telah dibangunkan (What You See Is What You Get), maka ia mudah digunakan dan digemari ramai pengguna internet. Faktor tersebut menjadi punca merebaknya trend blogging di kalangan pengguna internet pada hari ini. Setiap orang perlu memilikki blog sendiri untuk berkongsi maklumat yang berguna dengan seluruh dunia!
Tuesday, December 22, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment